Saturday, February 20, 2010

CARTA ORGANISASI 2010


CARTA ORGANISASI SK TEBAANG SESI AKADEMIK 2010

Friday, February 5, 2010

Info About Daro

  • Distance between SK Tebaang and Daro Town is 21km by Car or Motorcycle it takes about 20 minutes.
  • Most teachers live around "Kampong Baru" area which is 5km away from Daro.
  • Cruising area in the evening and place for hanging out called "Open Air" which is the only food court in Daro and the most happening.
  • The most famous muslim restaurant called "Alida Cafe" around town area, they served famous home-made food Nasi Campur and Laksa Sarawak. Most teachers will hang out right there after finished work from school.
  • Not much activities going on during the day, except football and badminton around 5-7pm in field and court community center.
  • On weekend, you may able go to "Sibu", "Sarikei" or "Mukah" for site view and release tension stay away from Daro.
  • Sibu will take about 2 hour and half by Boat Express cost (RM18.00).
  • Sarikei will take about 1 hour and half by Boat Express cost (RM17.00).
  • Mukah will take approximately about 2 hour and half which is about 124km away from Daro, you may take Van Service Taxi charge you about RM15.00 or you may go by Car but not recommended to go by Motorcycle. On the journey to Mukah you will getting to ferry about 15-20min charge RM1.00 for each vehicle.
  • The only available banking service in Daro is Agro Bank. Unfortunately the ATM machine still not been install yet, mean everything have to be manually.
  • One more things that you need to be prepared when being in Daro, you will face to the issue of high tide water depend on moon of certain months between 6-9pm sometimes happened in the morning as well.
  • Is very important to get motorcycle if you want survive in this small town Daro.
  • Sharp 8pm most of the shop here are closed and finished their services.
  • Last but not least NO KFC or McDonald and hard to get pharmacy shop in here.

Wednesday, February 3, 2010

RPH PSV - Mengenal Kraf Tradisional

TARIKH :
MASA :
TAHUN :
BIL MURID :
BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL
KEGIATAN : MENGHASILKAN BINAAN MODEL PAPAN CONGKAK
TAJUK : PAPAN CONGKAK
KONSEP UTAMA : MEREKA BENTUK DAN MEWARNA

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Memperkembangkan daya kreativiti dalam menghasilkan binaan model.
2. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam penghasilan sebuah model.
3. Menggalakkan penggunaan bahan yang mudah diperolehi atau bahan yang terbuang untuk menghasilkan alat permainan pada masa akan datang.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan alat permainan daripada bahan mudah atau terbuang yang terdapat di sekeliling kita.
2. Menghasilkan alat permainan mudah menggunakan kreativiti sendiri.

c) ESTETIKA
1. Menghargai permainan tradisional.
2. Menghargai elemen asas seni reka seperti rupa, bentuk dan warna yang kontra dan menarik.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
1. Murid pernah melihat dan bermain congkak.

PERSEDIAAN MURID
1. 'Mounting board'
2. Bekas makanan bulat bersaiz besar – 2 buah
3. Bekas makanan bulat bersaiz kecil – 14 buah
4. Guli, biji getah atau batu kecil
5. Gam UHU
6. Pensel
7. Pisau
8. Gunting
9. Warna poster
10. Berus
11. Bekas air
12. Surat khabar
13. Bahan hiasan seperti butang, labuci, manik atau serbuk kilat (sebagai hiasan)

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Congkak sebenar
2. Carta aliran proses
3. Contoh papan congkak yang telah siap
4. Bahan-bahan membuat papan congkak untuk ditunjukkan kepada murid
5. LCD
6. Komputer riba

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
'Mould' bentuk-bentuk papan congkak

KBKK
Murid dapat menjana idea dalam penghasilan papan congkak

NILAI
1. Memupuk sikap bekerjasama, bertolak ansur, bekerja dalam kumpulan dan menyumbang idea.
2. Mengutamakan keselamatan ketika mengendalikan alatan tajam.

RPH PSV - Membentuk dan membuat Binaan

TARIKH :
MASA :
TAHUN :
BIL MURID :
BIDANG : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
KEGIATAN : MENGHASILKAN TOPENG MUKA BERBENTUK BADUT
TAJUK : TOPENG BADUT
KONSEP UTAMA : MENGGUNTING DAN MENAMPAL

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Menggunakan hasil karya untuk tujuan yang lebih bermakna.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan topeng badut menggunakan teknik gunting dan tampal (kolaj)
2. Menghasilkan alat permainan mudah.

c) ESTETIKA
1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri.
2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu rupa dan warna. Dari segi prinsip seni reka pula adalah penegasan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat badut pada majlis ulang tahun kelahiran atau di kaca televisyen.

PERSEDIAAN MURID
1. Kertas warna
2. Pinggan kertas
3. Fiber
4. Gunting
5. Gam
6. Gelung getah atau tali

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Boneka badut
2. Contoh topeng badut yang telah siap
3. Radio & CD lagu KBSR
4. Komputer riba
5. LCD

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
Kertas pelbagai warna yang sudah siap dilukis dengan mata, hidung, mulut dan topi badut.

KBKK
Murid dapat menjana idea dalam penghasilan topeng badut

NILAI
1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati
2. Mengutamakan keselamatan ketika mengendalikan alatan tajam.

RPH PSV - Mencorak dan Membuat Rekaan

TARIKH :
MASA :
TAHUN :
BIL MURID :
BIDANG : MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN
KEGIATAN : MENGHASILKAN HIASAN DINDING MENGGUNAKAN TEKNIK LIPATAN DAN GUNTINGAN
TAJUK : LIPATAN AJAIB
KONSEP UTAMA : MELIPAT, MENGGUNTING DAN MEWARNA

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Membina kemahiran melipat, menggunting dan mewarna dalam proses penghasilan hiasan dinding.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan perhiasan dinding untuk kegunaan yang lebih bermakna di masa akan datang.
2. Menghasilkan alat permainan mudah.

c) ESTETIKA
1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri.
2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu rupa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid pernah melihat hiasan dinding digunakan pada majlis ulang tahun kelahiran, pesta, karnival dan sebagainya.

PERSEDIAAN MURID
1. Kertas warna
2. Pensel warna
3. Pensel
4. Gunting

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Contoh hiasan dinding sedia ada yang dijual di kedai
2. Contoh hiasan dinding yang disediakan oleh guru
3. 'Mould' bentuk yang hendak dilukis
4. Radio & CD lagu KBSR

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
'Mould' bentuk-bentuk yang hendak disurih di atas kertas warna

KBKK
Murid dapat menjana idea dalam penghasilan hiasan dinding atau alat permainan mudah

NILAI
1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati
2. Mengutamakan keselamatan ketika mengendalikan alatan tajam.

Tuesday, February 2, 2010

RPH PSV - Menggambar

TARIKH :
MASA :
TAHUN :
BIL MURID :
BIDANG : MENGGAMBAR
KEGIATAN : MENGHASILKAN GUBAHAN FIKIRAN 'TAMAN BUNGA' MENGGUNAKAN TEKNIK TAMPALAN KOLAJ DARIPADA BAHAN 'FOAM'
TAJUK : TAMAN BUNGA
KONSEP UTAMA : MEMBENTUK, MENGGUNTING, MEREKA LETAK DAN MENAMPAL

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID DAPAT:-

a) IMPLISIT
1. Memperkembangkan daya kreativiti dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang belum pernah dieksplorasi sebelum ini.
2. Berfikir secara kreatif dan inovatif dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang lain dari kebiasaan.

b) EKSPLISIT
1. Menghasilkan gubahan fikiran menggunakan bahan yang lain dari kebiasaan dan belum pernah dieksplorasi sebelum ini.

c) ESTETIKA
1. Menghargai dan menyayangi flora dan fauna yang wujud di sekeliling kita.
2. Menghargai dua daripada lima elemen asas seni reka iaitu rupa dan bentuk

PENGETAHUAN SEDIA ADA
1. Murid pernah menghasilkan gubahan fikiran.
2. Murid pernah ke taman bunga dan tahu akan suasananya.

PERSEDIAAN MURID
1. Kertas warna bersaiz A4
2. Kepingan 'foam' pelbagai warna
3. Pensel
4. Gam
5. Gunting
6. Bahan hiasan seperti butang, labuci, manik atau serbuk kilat

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
1. Carta aliran proses
2. Contoh karya yang telah siap
3. LCD
4. Komputer riba

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
'Mould' bentuk-bentuk serangga dan haiwan.

KBKK
Menjana idea dalam penghasilan gubahan fikiran menggunakan bahan yang berlainan dari kebiasaan

NILAI
Memupuk nilai sabar, teliti, berkongsi barang dalam kalangan murid di samping berhati-berhati ketika mengendalikan alatan tajam.

Fungsi Kraf Tradisional

MENGENALPASTI FUNGSI-FUNGSI KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar dan lain-lain lagi. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Untuk mengenal pasti fungsi-fungsi kraf tradisional pada masa dahulu dan kini ia boleh dibahagikan kepada 6 perkara iaitu alat domestik, alat pertahanan diri, alat permainan, alat perniagaan, alat upacara pertabalan dan alat upacara keagamaan. Bagi fungsi kraf tradisional untuk alat domestik ia boleh dirujuk kepada sistem pertukaran barang yang juga boleh dikenali sebagai sistem barter.

Pada zaman dahulu, masyarakat di Tanah Melayu menyambut tetamu dengan menghidangkan tepak sirih dan kini ia digunakan untuk upacara merisik, tunang dan nikah. Masyarakat Melayu menggunakan tepak sirih sebagai pembuka kata. Tepak sirih khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Sistem pertukaran ini berlaku ketika proses menjalankan upacara seperti merisik, pertunangan dan perkahwinan dimana mereka akan bertukar barang dari satu pihak kepada pihak yang lain. Sila rujuk gambar rajah 1 di muka surat di bawah.

Tepak Sirih.

Selain itu juga, kraf tradisional seperti songket yang dijadikan tengkolok dan batik juga turut dijadikan bahan dalam proses pertukaran barang atau sistem barter dilakukan untuk memenuhi kepentingan keperluan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pada masa dahulu juga, masyarakat di Malaysia banyak memberikan hadiah dan pertukaran barang dengan memberikan kain batik. Kain batik digunakan dalam pelbagai cara antaranya mengikat barang, kain sarung, alas meja, selimut dan sebagainya.

Tengkolok pula merupakan perhiasan diri bagi kaum lelaki memperagakan kegagahan mereka dan juga menunjukkan herarki pangkat seseorang. Namun pada masa kini barang kraf tradisional seperti songket dan batik digunapakai sebagai pakaian dan juga turut digunakan dalam melangsungkan perkahwinan raja sehari daripada fabrik kain songket. Batik juga turut dijadikan pakaian yang formal dalam majlis-majlis yang tertentu. Sila lihat gambar rajah 2 di sebelah.

Tengkolok yang diperbuat daripada kain songket.

Manakala fungsi kraf tradisional adalah untuk alat pertahanan diri antaranya ialah seperti keris yang sering digunakan oleh pahlawan pada zaman dulu kala yang digunakan untuk tujuan membunuh pihak lawan dan mempertahankan diri. Ukiran yang terdapat pada keris dan sarungnya memberikan banyak makna dan simbol yang tersendiri. Alat kraf ini turut dijadikan sebagai alat untuk menyelamatkan diri daripada pihak musuh. Namun pada masa kini, keris dijadikan sebagai bahan perhiasan dan kini boleh dilihat di pameran muzium negara dan balai seni hasil simpanan khazanah alat senjata masa silam. Sila lihar gambar rajah 3 dibawah.

Keris.

Bagi fungsi kraf tradisional alat permainan pada zaman dahulu dijadikan sebagai sumber untuk bersosial iaitu menghubungkan masyarakat pada ketika itu. Alat permainan seperti sepak takraw yang terdapat unsur anyaman kerap dimainkan oleh masyarakat Melayu ketika itu. Selain itu, Wau Bulan yang terkenal di negeri Kelantan dan Wau Burung di negeri Terengganu juga turut merupakan antara alat permainan masyarakat di Malaysia pada zaman dahulu yang berfungsi sebagai bahan untuk mereka mengisi masa lapang.

Selain daripada alat permainan, alat muzik juga merupakan alat yang menjadi hiburan kepada masyarakat Malaysia pada zaman dahulu sebagai contoh ialah gendang. Gendang berfungsi dalam meraikan majlis keramaian dan juga bertujuan untuk menghiburkan suasana sesuatu upacara atau perayaan. Kompang juga turut dijadikan sebagai bahan bunyian yang digunapakai pada majlis perkahwinan dan cukur jambul bagi masyarakat kaum Melayu. Kini alat muzik masih kekal dan digunapakai dalam majlis-majlis tertentu dan juga dijadikan sebagai barangan perhiasan. Sila lihat gambar rajah 4.


Alat muzik gendang.

Alat perniagaan dalam kraf tradisional seperti ukiran kayu, tenunan, batik, tekat atau sulaman dan tembikar banyak dipasarkan sejak zaman dahulu lagi. Barangan kraf tradisional seperti yang dinyatakan menjadi bahan keperluan dan tujuan perniagaan adalah untuk menyara kehidupan harian masyarakat Malaysia ketika itu. Kini barangan kraf tradisional itu masih kekal dipasaran dan dikomersialkan untuk tujuan memberikan keuntungan kepada pembekal dan peniaga runcit. Dalam masa yang sama barang kraf tradisional yang di niagakan ini banyak memberikan bantuan bagi meningkatkan pasaran ekonomi negara kerana keaslian barangan yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Cokma dan Tengkolok.

Dalam kraf tradisional juga terdapat alat upacara pertabalan seperti cokma dan tengkolok yang menunjukkan simbol kekuasaan dan darjat pangkat seseorang itu pada zaman dahulu. Cokma yang dimiliki oleh sultan atau raja-raja di pegang bagi menunjukkan kegagahan dan kekuasaan pimpinan kedaulatan mereka. Kini kraf tradisional alat upacara pertabalan masih kekal digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti perlantikan, pertabalan dan sebagainya. Sila lihat gambar rajah 5. Selain daripada itu juga, alat upacara pertabalan ini turut dijadikan sebagai barangan antik dan dipamerkan dalam khazanah muzium untuk pendedahan sejarah adat istiadat diraja kepada masyarakat di Malaysia.

Alat upacara keagamaan kraf tradisional juga turut digunapakai oleh masyarakat pada zaman dahulu di Malaysia yang percaya kepada semangat dan patung-patung yang dipuja. Sebagai contoh patung-patung ukiran dan boneka yang mana mereka percaya bahawa perkara ini dapat membantu menjaga kemakmuran dan ketenteraman masyarakat setempat. Selain itu juga, wayang kulit juga dapat membuat seseorang itu asyik dan berkhayal dengan persembahan cerita dan muzik dan dimainkan. Kini alat upacara keagamaan seperti wayang kulit dan sebagainya dijadikan sebagai barang perhiasan dan dipamerkan di galeri untuk tujuan pameran. Sila lihat gambar rajah 6 di bawah.

Patung-patung boneka dan wayang kulit.

Kraf tradisional ini merupakan mercu tanda nasional penting kepada negara kita Malaysia. Tanpa kraf tradisional maka imej masyarakat Malaysia kurang mendapat tempat dan kurang dikenali umum serta ketiadaan ciri-ciri nasional yang bersifat mencerminkan jati diri negara. Sememangnya nilai tanah air bergantung daripada kraf tradisional yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia.

Terdapat banyak elemen yang boleh dikaitkan dengan jati diri bangsa. Seseorang yang berjati diri bukan sahaja gemar berbusana tradisi seperti batik dan songket tetapi juga dalam kehidupan sehariannya, menampilkan hidup berbudi bahasa dan bersopan santun. Mereka juga bukan saja cenderong menikmati makanan tradisi tetapi dari segi intelektual mampu membaca dan menggarap ketinggian seni sastera Melayu termasuk puisi seperti pantun. Masyarakat pada hari ini bukan semata-mata berbentuk komersial dan industri tetapi lebih kepada menyemarakkan lagi aktiviti seni kraf tradisional sehingga dapat berkembang dalam bentuk yang lebih indah dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan tamadun 1 Malaysia.

Sejarah Seni Catan

LATAR BELAKANG SENI CATAN

Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam.

Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.

Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu, subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti “The Last Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.

DEFINISI CATAN

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.

SEJARAH SENI CATAN DI MALAYSIA

Pada abad ke-20, muncul satu aliran baru dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak di Gua Niah, Sarawak terdapat catan gua yang mengandungi imej-imej perahu burung-burung helang dan figura-figura manusia. Imej-imej tersebut dapat ditafsirkan sebagai percubaan menyuarakan pengalaman senimannya yang secara tidak rasmi bertugas menjadi jurubicara masyarakatnya. Apa yang dilihat dan dirasa oleh pelukis, apabila berhadapan alam sekitar telah dijadikan bahan pengucapan tampakan yang berkesan. Hal benda yang dilukiskan sememangnya penting dalam hidup pelukis dan masyarakatnya. Perahu digunakan sebagai alat pengangkutan yang mustahak, burung-burung helang adalah binatang buruan dan manusia adalah sebagai kawan yang mesti dibantu serta boleh diharapkan. Imej yang dilukis mempunyai peranan dalam hidup manusia. Melukis figura manusia dan burung-burung helang, si pelukis dapat menguasainya kerana bentuk dan rupa manusia dan binatang sudah dapat dicipta kembali. Imej-imej yang terlukis di dalam gua selalu dihormati dan ditakuti.

Di Tambun Ipoh terdapat lakaran di lereng bukit. Hal benda yang terlukis ialah bentuk-bentuk figura manusia dan berbagai jenis binatang. Catan ini dilukis dengan menggunakan pigmen (sejenis bahan pewarna) jenis haematite (batu granit/ferum tridioksida) berwarna merah sepang (warna dari pokok teh) dan ijas(sejenis pokok dan buah dari negara arab). Figura-figura dilukis dengan kasar sehingga hasilnya tidak kelihatan begitu sensitif. Lukisan jenis-jenis binatang agak jelas seperti babi liar, rusa, badak tampung dan duyung. Untuk menunjukkan bahawa ada seekor rusa sedang bunting, si pelukis melakar bayi di dalam konfigurasi ibu yang membuncit. Figura yang sedang bergerak dengan memegang sejenis senjata dilakar dengan sebuah bulatan untuk menyaran kepala satu garis untuk badan dan garis lain untuk kaki dan badan, matanya dua titik dan garis untuk hidung. Kadar banding antara kepala, tengkuk, badan dan kaki dalah munasabah. Binatang yang sedang bergerak pantas hanya boleh dibuat jika pengalaman konsepsual dan visual digabungkan.

Negara kita mewarisi catan-catan air daripada para pelukis amatur inggeris seperti James Wathen (1751-1828). Catan air (James Wathen) menggambarkan pandangan darat yang dibuatnya tatkala berada di Pulau Pinang. Rekod-rekod tampakan adalah pernyataan tentang sensitiviti orang asing terhadap permandangan tempatan. Pohon dan lereng bukit memenuhi catan-catan air Wathen yang jelas dihasilkan oleh pencinta alam yang romantis. Warna yang digunakan adalah seolah-olah pohon tropika subur di negeri-negeri yang bermusim bunga. Pada permulaan abad ke-20, aktiviti-aktiviti melukis di Malaysia menghasilkan karya catan air, menggunakan teknik barat dan menggambarkan permandangan kampung dengan rumah melayu, kerbau, sawah dan gunung.

Kaedah melukis catan air diajar di sekolah-sekolah terutama sekolah beraliran inggeris dan cina. Nanyang Art Academy didirikan di Singapura pada 1936 oleh para seniman pendatang cina seperti Cheong Soo Pieng, Cheng Wen His dan Chuan Thean Teng. Mereka turut mengajar (kecuali Chuan Thean Teng) di akademi tersebut di dalam mata pelajaran seperti lanskap cina, lakaran berus dan dakwat. Mereka memperkenalkan teknik-teknik impressionisme, post-impressionisme dan kiubisme. Setelah perang dunia ke-2, Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff melanjutkan tradisi lukisan cat air dan menjual hasil karya kepada para pelancong pada guru-guru, pegawai kerajaan dan peladang- peladang inggeris. Tahun 1950-an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Jin Leng serta beberapa orang lain pulang ke tanah air sesudah menerima latihan di England. Mereka memperkenalkan aliran abstrak ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui karya mereka. Kumpulan Wednesday Art Group telah mengadakan perjumpaan tiap-tiap hari Rabu (dari pukul 6 petang hingga 8 malam) di bilik-bilik kosong di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, iaitu mencuba gaya ekspressionisme.

Pada tahun 1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang menganjurkan agar anggotanya berjumpa untuk melukis pada hari Khamis. Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan “Angkatan Pelukis Semenanjung” (APS) pada tahun 1967 dengan cogan katanya “seni untuk masyarakat” dan menggunakan kaedah figuratif. Pada tahun 1960-an, perkembangan seni catan Malaysia mendapat perhatian daripada pemerintah dan tertubuhnya Specialist Training Institute di Cheras, Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memberi kursus selama setahun kepada para guru yang kelak akan mengajar lukisan dan pertukangan tangan kepada murid.Institut Teknologi MARA telah menubuhkan bahagian Kajian Seni Lukis dan Seni Reka yang memberi kursus-kursus diploma selama empat tahun.

Pada tahun 1968, Kuala Lumpur Nanyang Art Academy, di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1972, ditubuhkan Bahagian Seni Halus. Bahagian ini mengajar kursus–kursus Arca, Catan, Grafik Cetakan, Fotografi dan Sejarah Seni. Pada 27 Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakan lambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni. Kegiatan Balai Seni Lukis Negara kian pesat berkembang terutama mengirimkam karya seniman tempatan untuk di pamerkan ke Eropah, New Zealand, Kanada, Brazil, India, Jepun dan negeri-negeri lain. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

SENARAI TOKOH-TOKOH TERKENAL SENI CATAN TANAH AIR

Berikut antara tokoh-tokoh catan yang terkenal di Malaysia;

  • Alex Ong Boon Hau
  • Choh Kiat Siong
  • Eston Tan Eok Sim
  • Fong Kim Sing
  • Jolly Koh
  • Katrin Förster
  • Khalil Ibrahim
  • Kim Chong
  • Hj Md Sani Md Dom
  • Mohd Hairi bin Yaakub
  • Tang Hon Yin
  • Dato' Syed Ahmad Jamal
  • Yeong Seak Ling
  • Yuen Chee Ling
  • Chuah Siew Teng
  • Michael Tan
  • Abdul Multhalib Musa
  • Awang Damit Ahmad
  • Khairul Azmir Shoib
  • Mohd Bakir Baharom
MEDIA DAN ALAT CATAN

Media untuk menghasilkan catan boleh dibahagikan kepada jenis-jenis seperti yang berikut;

i. Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

ii. Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

iii. Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

iv. Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

TEKNIK-TEKNIK CATAN

Berikut merupakan teknik-teknik yang terdapat dalam penghasilan catan antaranya;

i. Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

ii. Teknik Basah Atas Basah

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

iii. Teknik Berus Kering

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

iv. Teknik Kecatan

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

PROFIL SYED AHMAD JAMAL

Beliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada 19 September 1929. Datuk Syed Ahmad bin Syed Jamal mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bharu dari tahun 1936-1938 sebelum berpindah ke Sekolah Tambatan Tinggi, Johor Bharu pada tahun 1939. Pada tahun 1940 beliau melanjutkan pelajaran ke Ngee Heng English School dan seterusnya ke Bukit Zahrah English School, Johor Bharu pada tahun 1941. Dari tahun 1945 hingga tahun 1949 beliau melanjutkan pelajarannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru. Beliau memulakan pendidikan tingginya di Birmingham School of Architecture dari tahun 1950-1951 dan kemudiaannya dari tahun 1951-1955 beliau melanjutkan pelajarannya ke Chelsea School of Art, London. Pada tahun 1955-1956 beliau meneruskan pengajian di Institute of Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni.

Beliau juga melanjutkan pelajaran ke School of Art Institute of Chicago Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1963-1964 dan pada tahun 1973-1974 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana di University of Hawaii dalam bidang sejarah seni. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor pada tahun 1956 hingga 1957. Kemudian beliau ditugaskan di Institut Latihan Guru di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas di Kementerian Pendidikan di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran dan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1975 hingga 1983. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari tahun 1958-1959.

Datuk Syed Ahmad merupakan di antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan BSLN dan memegang jawatan Pengarah BSLN dari tahun 1983 sehingga tahun 1991. Beliau merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni sehinggalah ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasilhasil karya beliau untuk tatapan umum. Di antara tema pameran beliau ialah “Antara Langit & Bumi”, “Ruang” dan “On & Off King’s Road”.

APRESIASI DAN KRITIKAN HASIL KERJA CATAN SYED AHMAD JAMAL

Gunung Ledang, (1978), Cat Minyak.

Dalam hasil kerja Syed Ahmad Jamal yang bertajuk Gunung Ledang pada tahun 1978 beliau cuba menunjukkan seni rupa itu amat mementingkan kepada imbangan, contohnya rupa bentuk penuh bercorak akan diimbangi dengan suatu rupa bentuk yang tiada bercorak. Perkara kedua diutarakan oleh Syed Ahmad Jamal ialah seni rupa Melayu itu juga mengutamakan unsur penggenapan. lni bermakna jumlah setiap rekabentuk yang hadir dalam sesuatu hasil seni rupa seharusnya mempunyai jumlah yang genap.

Melalui hasil kerja yang dihasilkan menunjukkan kesesuaian dalam pemilihan warna berdasarkan sifat semulajadi material yang digunakan untuk membuat sesuatu produk. Beliau juga berpengaruh kepada seni Islam dalam seni rupa Melayu yang menyaksikan ketidakhadiran figura tetapi digantikan oleh corak-corak tumbuhan dan motif geometri yang paling dominan dalam seni rupa Islam. Syed Ahmad Jamal merupakan pelopor aliran ekspresionalisme. Beliau menggemari aliran ini kerana ia memberikan kelangsungan dalam berkarya kerana fleksibiliti aliran ini membenarkan pemikiran diterjemahkan secara langsung menjadi bahan seni. Dalam karya Gunung Ledang ini, beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari aspek warna, ruang dan bentuk yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal.

Unsur seni ruang digunakan bagi memperlihatkan objek yang berada pada bahagian belakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada belakang catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang hadapan catan yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaan warna. Selain daripada itu, elemen perspektif turut diaplikasi dalam hasil kerja ini. Unsur imbangan dan imejan segitiga menyerupai bentuk Ledang menjadi unsur dominan dalam karya Syed Ahmad Jamal. Bagi beliau, Gunung Ledang adalah sesuatu yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Jika dilihat kepada karya ini, penghasilan bentuk adalah lebih kepada rupa geometri iaitu segitiga yang disusun secara tidak terancang dan juga secara berperingkat.

Prinsip rekaan yang terdapat pada karya ini ialah elemen penegasan yang dapat dilihat pada bentuk segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap yang dimaksudkan dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang mempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga. Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit. Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijau seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa nahas tersebut. Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang bertukar menjadi bentuk-bentuk segitiga.

Bentuk-bentuk yang terdapat dalam hasil karya tersebut tidak konsisten, di atas gunung itu terdapat cebisan atau bangkai kapal terbang yang berkecai di Tanjung Kupang setelah melintasi Gunung Ledang. Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang ialah perkembangan pemikiran dalam catan tersebut yang bermula dari bawah ke atas berkaitan dengan kenaikan roh dari dunia ini. Catan ini semakin jelas apabila warna biru dan hijau mendominasi catan, satu pilihan warna yang paling tepat untuk menunjukkan unsur duniawi dan syurga. Warna putih dan merah di bahagian tengah adalah serpihan dan darah dalam nahas itu.

Beliau dapat melihat seni lukis sebagai satu bidang yang berautonomi tanpa ikatan dengan sebarang naungan. Penggiat dalam bidang ini, iaitu pelukis pula mengganggap Syed Ahmad Jamal sebagai seorang individu yang unik dan bebas. Manakala sesebuah karya dilihatnya sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan mistik dan makna tersendiri. Perkara ini terjadi kerana seni terhasil daripada khayalan dalaman. Khayalan ini berpusat dalam diri pelukis dan hanya akan diluahkan atas rasa kerelaan serta mempunyai motif yang bersifat keindividuan. Syed Ahmad Jamal telah menggaris beberapa perkara penting yang perlu dimiliki dan dinikmati oleh sebarang individu yang bergelar pelukis. Perkara-perkara tersebut boleh dianggap sebagai etika pelukis yang terdiri daripada pertama ialah kepentingan meluahkan perasaan tanpa batasan, kefahaman terhadap diri yang mendalam untuk menentukan tujuan, keaslian identiti pengkaryaan bagi mengelakkan peniruan dan akhir sekali pengutamaan terhadap kebebasan. Dalam kariernya sebagai pelukis, catan Gunung Ledang menandakan kemuncak Syed Ahmad Jamal. Pada tahap ini lukisannya amat bertenaga melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang didokongnya selama ini. dapat bersua dengan perasaan pelukis.

Beberapa pendapat dan pengkritik seni menyatakan bahawa bentuk segitiga yang memonopoli lukisannya sesudah tahun tersebut adalah manifestasi Gunung Kailasa, sebuah tanah tinggi keramat dalam kepercayaan agama Hindu. Namun, berdasarkan penemuan penting itu yang disentuh tadi dapat dikatakan bahawa prinsip serta konsep tersebutlah yang mempengaruhi cara Syed Ahmad Jamal berkarya sesudah tahun 1978. Oleh itu, besar kemungkinan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang begitu banyak dalam rekabentuk tradisional masyarakat Melayu. lni turut diperkukuhkan lagi dengan ulasan beliau terhadap motif tadi dalam bukunya Rupa dan Jiwa (1992) yang menganggap pucuk rebung sebagai simbol hikmat kesuburan, suatu ulasan yang bersesuaian dengan kenyataannya mengenai Gunung Ledang.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif segitiga tersebut menyerupai 'pohon hayat' dan 'bunga semangat' sebagai manifestasi alam semulajadi. Fungsi imejan segitiga diperluaskannya pada tahun 1980-an yang turut menyaksikan karya beliau memperkatakan isu-isu sosial dan politik, misalnya Palestine (1983). Warna yang menjadi kegemaran beliau dalam berkarya mulai jelas pada tahun-tahun ini. Warna hijau dan biru amat disukainya kerana sifat hijau yang melambangkan bumi atau realiti manakala biru bererti langit atau fantasi. Penerokaan atau campurtangan beliau dalam masalah masyarakat menunjukkan Syed Ahmad Jamal mula cuba mengungkapkan isu sosial dalam catannya.

Penghujung tahun 1970an membuka dimensi baru dalam bidang seni lukis Syed Ahmad Jamal. Wajah Ledang yang selama ini tidak menarik minat tiba-tiba berakrab dengan naluri seninya. lni terjadi setelah berlaku insiden nahas udara di Tanjung Kupang yang turut mengorbankan seorang rakan karibnya. Kapal terbang yang dirampas itu berlegar melintasi Gunung Ledang dahulu sebelum ia menjunam dan meletup di Tanjung Kupang. Keadaan ini menyebabkan gunung itu terasa mempunyai pertalian yang cukup erat dengan Tanjung Kupang dan dirinya sehinggalah perhubungan ini dimitoskan dalam catan Gunung Ledang (1978). Karya tersebut merupakan satu olahan yang menggabungkan mitos gunung terebut dengan tragedi udara itu. Gunung Ledang dan dongengnya dilihat sebagai suatu entiti yang akan terus hidup manakala manusia tetap akan menyahut panggilan ilahi. Gunung Ledang, seperti yang telah dinyatakan, mempertemukan dongeng gunung dengan tragedi udara tersebut. Kemistikan amat diutamakan dalam menginterpretasi catan itu.

Langit dan Bumi I, (1998), Arkalik, 203sm x 274.5sm

Dalam hasil karya yang bertajuk “Langit dan Bumi I”, Syed Ahmad Jamal cuba memberikan apresiasi karya yang dikira sarat dengan subjek rujukan, bentuk dan isinya. Karya beliau yang bertajuk Bumi dan Langit I telah dihasilkan pada tahun 1998 mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm. Karya ini menggunakan subjek alam tabii atau alam semulajadi sebagai teras pengkaryaannya. Melihat pada format kanvas dari bawah ke atas didapati karya beliau ini terbahagi kepada empat bahagian.

Bahagian pertama di bawahnya terdiri daripada lapisan bumi, bahagian kedua pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau. Pada bahagian ketiga terdiri daripada awan, jalur cahaya dan hujan. Seterusnya pada bahagian keempat di atasnya terdiri daripada langit dan bintang-bintang. Beliau mengukuhkan struktur karyanya dengan kombinasi garisan, rupa, bentuk, dan jalinan. Sementara komposisi karyanya diseimbangkan, dikontrakan, diulang-ulangkan, ditegangkan, dan diharmonikan. Sapuan garisan yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu terutamanya dalam menghasilkan imej tumbuh-tumbuhan. Cadangan tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara sapuan pantas dengan dominasi garisan condong ”diagonal line”. Garisan condong yang diulang secara ketara dapat dilihat pada sebelah kiri karya. Bagaimanapun, garisan cembung ”curve line” dikontraskan terutamanya bahagian di antara langit dengan bumi iaitu pada bahagian berwarna ungu gelap. Garisan cembung juga amat ketara digunakan pada bahagian awan. Garisan melintang ”horizontal line” pula dibentuk melalui tanah yang berlapis-lapis di bahagian pertama ataupun bawah karya. Garisan melintang juga agak jelas pada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut.

Terdapat pelbagai jenis karektor garisan; ada garisan perlahan, sederhana, pantas dan tegas. Gabungan daripada berbagai-bagai jenis garisan tersebut lalu membentuk beberapa jenis jalinan ”texture”, memperkayakan lagi karya beliau. Secara keseluruhannya beliau menggunakan jalinan mujarad ”abstract texture”. Penggunaan rupa yang agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu rupa merah pada tanah yang berlapis-lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed Ahmad Jamal menggunakan ‘ruang mendatar’ dan ‘ruang cetek’. Secara keseluruhannya karya beliau mendominasikan ruang cetek. Sementara ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna merah. Syed Ahmad Jamal menggunakan ‘warna panas’ ke ‘warna sejuk’ dalam pengolahan karyanya ini. Warna merah (warna panas) pada bahagian pertama atau bawah karya. Diikuti dengan warna kuning (warna panas) memenuhi sebahagian kawasan bumi. Warna biru muda (warna sejuk) di bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan akhirnya warna biru tua (warna sejuk) di bahagian langit dan bintang-bintang. Untuk membentuk ‘keharmonian’ dari segi warna, warna-warna panas tersebut diulang-ulangkan pada bahagian warna sejuk. Ini dapat dilihat terutamanya pada bentuk awan dan juga bintang-bintang.

Format kanvas empat segi tepat digunakan dengan memberi penekanan kepada ’kesinambungan tidak sama ukur’ ”assymetrical balance”. Namun begitu, beliau juga menggabungkan ‘keseimbangan kristal grafik’ ”crystal graphic balance” ataupun ’pandangan saujana’ dalam istilah kesenian Islam ”infinite patterning” di dalam karyanya. Keseimbangan tak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidak sekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yang dominan juga menimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur. Sebaliknya imej dan bentuk seakan-akan lalang, tanah, gunung, hujan, awan dan bintang-bintang pula membentuk struktur karya ini kepada titik fokus mencapah (keseimbangan kristal grafik) ataupun tidak memusat. Titik fokus mencapah tersebut selari dengan pandangan saujana dalam kesenian Islam. Keseluruhan format karya ini menggunakan ‘rentak tidak senada’ ”random rhythm” kecuali pada bahagian tepi sebelah kiri, di antara langit dengan bumi. Di bahagian tepi sebelah kiri ini ‘rentak tersusun’ ”regular rhythm” pula digunakan terutamanya pada bahagian yang digambarkan seperti hujan.

Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan yang cukup mantap. Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta pandangan saujana antaranya menimbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian. Kesatuan dan keanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya beliau sebagai karya yang kaya, sarat bahkan berisi nilai-nilai falsafah dan budaya. Falsafah dan budaya yang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah peradaban yang tidak ternilai harganya. Dari aspek falsafah teras utama yang ditunjangi oleh beliau adalah tauhid. Ini dapat dilihat pada permulaan katalog pameran antara langit dan bumi (Muliyadi, 2000).

Melalui abstraksi dan penggaya-gayaan beliau menapis alam tabii yang bersifat semulajadi tersebut kepada satu intipati yang bersifat dalaman. Secara tidak langsung penggunaan perspektif biomorfik dan ruang mendatar dan cetek tersebut telah menolak ciri-ciri semulajadi yang mendominasikan catan-catan Barat terutamanya pada zaman Renaisan dan Realisme atau pun apa yang dikenali oleh Pak Mail sebagai ciri-ciri seni simbolis dan seni memesis. Penolakan ciri-ciri luaran (semulajadi) yang bersifat sementara dengan penarikan atau memasukkan ciri-ciri dalaman (kerohanian) yang bersifat kekal, membuatkan karya-karya beliau mempunyai ciri-ciri ketauhidan. Dalam pengolahan karyanya, beliau tidak merakamkan situasi sesuatu lanskap, malah Syed Ahmad Jamal menghimpunkan pelbagai situasi di dalam sesuatu format. Terdapat situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang dan senja umpamanya. Situasi yang berlainan disatukan ke dalam sebuah karya lalu membentuk apa yang dikatakan oleh Muliyadi (2000) sebagai “Antara langit dan bumi, ia bukanlah suatu interpretasi langsung tentang alam semulajadi, sejarah ataupun sesuatu peristiwa, sebaliknya merupakan garapan idea, minda, dan cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan kejadian di antara kedua-dua ruang; langit dan bumi.”

Unsur kepelbagaian garisan, jalinan, rupa dan bentuk yang digunakan oleh Syed Ahmad Jamal juga bercorak ‘islami’. Sungguhpun karya beliau menggunakan nada ekspresionis, namun beliau telah membentuk kesan-kesan sapuan berusnya menjadi kesan yang terkawal. Bahkan penggunaan sapuan berus dengan diselangselikan dan ditindani dengan kesan warna sembur, menjadikan karyanya lebih terkawal. Pendek kata beliau menggunakan ciri-ciri ekspresi Melayu yang bertunjangkan kesenian Islam. Sapuan ekspresi tetapi terkawal seolah-olah seperti pantun ataupun bentuk kiasan Melayu umpamanya “pukul anak sindir menantu.” Konsep seperti kiasan ataupun pantun tersebut dapat diperkukuhkan lagi dengan pendapat Muliyadi (2000) yang mengatakan, “beliau meletakkan keindahan sebagai teras kreativitinya. Baginya karya seni seperti catan perlulah indah, sekalipun membawa mesej atau penceritaan yang berat maupun menyedihkan.”

Melihat dari aspek format bawah ke atas juga, didapati penggunaan tanah dengan cadangan berlapisan dapat menegaskan lagi sifat geografik bumi yang berlapis-lapis. Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secara abstrak mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan alam tabii. Bentuk seakan-akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan (garisan diagonal). Begitu juga dengan fenomena bintang bertaburan dan langit yang berlapis-lapis, menandakan rakaman alam dalaman yang menyanjungi ciptaan tuhan. Melihat dari sudut warna pula, penggunaan warna panas ke sejuk juga dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak tentang kehebatan alam tabii ciptaan tuhan. Warna merah seperti fenomena senja, kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam, mencerminkan ketelitian dan kehalusan beliau membentuk format ’Bumi dan Langit I’. Menghubungkan elemen warna melalui komposisi catan dari atas ke bawah pula didapati warna gelap (malam) mewakili warna waktu isyak, warna biru muda (fajar) mewakili waktu subuh, seterusnya warna hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar, dan akhirnya warna merah (senja) mewakili waktu maghrib. Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkat-peringkat ini selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan pergerakan masa mengikut kosmologi atau pun sunatullah.

Karya ’Bumi dan Langit I’ amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposisi dan isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenian Melayu-Islam meletakkan karya beliau ke hadapan, malah merentasi masa. Beliau tidak berkarya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda, bahkan beliau merupakan pengkaji dan penyelidik budaya. Dengan demikian karya-karya yang digarapnya adalah tulen dan segar. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu-Islam yang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah sehinggakan memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual pada karyanya. Syed Ahmad Jamal bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melyu-Islam sebagai struktur karyanya, bahkan mana-mana ilmu daripada tamadun Barat maupun Timur yang baik dan bersesuaian digarapnya menjadi wadah pemikirannya. Suatu perkara yang penting, beliau melalui karyanya itu telah melompat dari unsur-unsur konversi kesenian Islam yang lampau. Beliau berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan format kesenian Islam. Format kesenian Islam termasuklah seperti pengulangan, pandangan saujana, kerumitan, dinamik, gabungan berurutan dan meditatif dan seumpamanya. Kecekapan beliau mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip seni Barat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuk suatu struktur baru dan teguh.

Kelab Keceriaan

MISI

  • Meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan sekolah pada setiap masa
  • Meningkatkan mutu keceriaan sekolah dengan bantuan kerjasama warga sekolah dikalangan guru, staf sokongan, pekerja dan murid-murid
  • Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif, harmoni, selamat dan ceria.
  • Meningkatkan kesedaran kesihatan, keceriaan, kebersihan, keindahan dan keselamatan sekolah.
  • Meningkatkan profesionalisme guru-guru dari semasa ke semasa.
  • Mewujudkan kerjasama dan permuafakatan sekolah dengan komuniti setempat.

Teras Perkhidmatan Cemerlang

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementing diri sendiri
  • Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

About Sarawak

Sarawak is one of two Malaysian states on the island of Borneo. Known as Bumi Kenyalang ("Land of the Hornbills"), it is situated on the north-west of the island. It is the largest state in Malaysia; the second largest, Sabah, lies to the northeast.

The administrative capital is Kuching which has a population of 579,900 (2006 census; Kuching City South - 143,500; Kuching City North - 133,600; Padawan- 3rd Mile/ 7th Mile/ 10th Mile - 302,800). Major cities and towns also include Sibu (pop. 254,000), Miri (pop. 263,000) and Bintulu (pop. 176,800). As of last census (December 31, 2006), the state population was 2,357,500.

The Melanaus have been thought to be amongst the original settlers of Sarawak. Originally from Mukah (the 10th Administrative Division as launched in March 2002), the Melanaus traditionally lived in tall houses. Nowadays, they have adopted a Malay lifestyle, living in kampong-type settlements. Traditionally, Melanaus were fishermen and still today, they are reputed as some of the finest boat-builders and craftsmen.

While the Melanaus are ethnically different from the Malays, their lifestyles and practices are quite similar especially in the larger towns and cities where most Melanau have adopted the Islamic faith.

The Melanaus were believed to originally worship spirits in a practice verging on paganism. Today most of them are Muslim and some are Christians, though they still celebrate traditional animist festivals such as the annual Kaul Festival.

Persatuan Bulan Sabit Merah

SEJARAH PBSM

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia dinamakan Bulan Sabit Merah Malaysia bawah Akta 1975 (Pertukaran Nama) dengan kelulusan Parlimen.

PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

TEKNIK

Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena renjatan elektrik dan lain-lain.

Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240 Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik, seperti baju, tali pinggang dan lain lagi.

OBJEKTIF
  • Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
  • Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
  • Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
  • Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.

About Daro

Daro is a district and small town in Mukah Division, Sarawak, east Malaysia. The nearest town to Daro is Matu. Daro is under the Majlis Daerah Matu-Daro (Matu-Daro District Council) which share the same council together with Matu. The population in Daro is estimated around 25,000, with Melanau making up the majority. There were ferries from Sibu to here, taking around two hours by using the channel of Rejang River.

Monday, February 1, 2010

Fungsi dan Bidang Tugas

GURU BESAR
• Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi.
• Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah.
• Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan
• Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan
• Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan
• Memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan;
• Memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan
• Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
• Merancang dan menyelaraskan urusan pentadbiran am.
• Menguruskan hal ehwal perkhidmatan dan perjawatan guru dan bukan guru.
• Mengurus Buku Rekod Perkhidmatan (BRP).
• Mengurus rekod harta tetap kerajaan.
• Memberi khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan pentadbiran am dan kewangan kepada pihak sekolah.

SETIAUSAHA KURIKULUM
• Menyediakan dan mengedarkan surat penggilan mesyuarat.
• Mencatatkan minit mesyuarat.
• Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli panitia.
• Mengumpul dan menyimpan segala dokumen panitia.
• Menghubungi ahli panitia untuk memperolehi maklumat segera tentang isu-isu berbangkit dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan dengan panitia.
• Menguruskan percetakan laporan projek panitia dan status mata pelajaran.
• Mengumpul dan membekalkan maklumat yang diperlukan oleh Ketua Panitia.
• Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Nazir Sekolah dan Ketua Panitia dari semasa ke semasa.

KETUA PANITIA
• Merancang program dan aktiviti panitia.
• Mengambil langkah-langkah melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang.
• Mempengerusikan mesyuarat panita.
• Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
• Mempertingkatkan mutu pemeriksaan dan pelaporan mata pelajaran.Cadangkan dan melaksanakan projek-projek panitia semasa ke semasa.
• Mewakili panitia dalam mesyuarat sektor atau mesyuarat-mesyuarat lain yang diperlukan.
• Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan pegawai-pegawai mata pelajaran di bahagian-bahagian lain di Kementerian Pendidikan.
• Menyediakan laporan matapelajaran-matapelajaran untuk diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah Sektor panitia berkaitan.
• Menilai keberkesanan program dan akitiviti yang dilaksanakan.
• Menilai prestasi tahunan panitia.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Nazir Sekolah dan Ketua Penolong Sektor / Ketua Nazir Negeri.

GURU MEDIA
• Mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa.
• Mengekalkan keistimewaan sebagai guru di sekolah.
• Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang diselaraskan
• Dasar dan program yang dirancang dapat disebarkan kepada semua yang terlibat.
• Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran maklumat.
• Mengintegrasikan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

GURU PEMULIHAN
• Mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
• Komitmen yang menyeluruh
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
• Meransang dan merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan murid dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran.
• Meransang dan mendorong murid belajar hingga mereka menguasai apa yang diajar.

GURU MATA PELAJARAN
• Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
• Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
• Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
• Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
• Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.

SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
• Memberi perkhidmatan yang mesra, selesa dan berkualiti kepada semua peserta.
• Menjana perkongsian pintar dalam bidang pengetahuan, kemahiran serta kepakaran bersama-sama para pendidik.
• Meningkatkan mutu profesionalisme kami dengan mengamalkan budaya berketrampilan.
• Memastikan sekurang-kurangnya 95% pegawai dan staf yang mengikuti program peningkatan profesionalisme dapat menggunakan input yang diterima dalam melaksanakan tugas mereka.

GURU DATA
• Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).
• Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
• Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.
• Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).
• Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PENYELARAS BESTARI
• Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
• Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
• Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
• Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Melatih guru menggunkan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
• Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh KPM.
• Memastikan integriti dan keselamatan data.

PENOLONG KANAN HEM
• Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program dan aktiviti Hal Ehwal Murid meliputi aspek:- Buku Teks, Asrama, Biasiswa dan Bantuan Pelajar Miskin, RMT, Anti Dadah, RIMUP dan lain-lain.
• Menyelaras hal-hal kaunseling dan disiplin murid.
• Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti sukan dan kokurikulum meliputi persatuan dan badan beruniform.
• Memantau dan menyelaras pelaksanaan pendidikan wajib dan sekolah selamat.

SETIAUSAHA HEM
• Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan.
• Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan Pengetua.
• Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada)
• Membantu Pengetua dalam pentadbiran Hal Ehwal Murid sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang
• Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.

GURU DISPLIN
• Perjumpaan Jawatankuasa Badan Disiplin Dan Pengawas.
• Merancang tugas dan kegiatan pengawas sepanjang tahun.
• Berusaha menyebarkan undang-undang dan peraturan sekolah.
• Tindakan susulan tugas jawatankuasa dan jadual pengawas.
• Rekod murid bermasalah dan hantar ke unit kaunseling.
• Perjumpaan bulanan.
• Kegiatan kebajikan.
• Ceramah dan bimbingan.

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• Menasihati / membimbing murid yang bermasalah.
• Merekod bermasalah.
• Mempamerkan carta unit bimbingan dan kaunseling
• Membuat laporan murid bermasalah untuk tindakan susulan.
• Mengadakan ceramah khas dari luar.

GURU RMT
• Pemilihan murid yang layak menerima RMT.
• Pemilihan pembekal makanan.
• Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT.
• Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan.
• Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan.
• Membanci murid yang patut menerima susu percuma.

GURU KESIHATAN DAN KESELAMATAN
• Memastikan murid tahun satu mempunyai rekod kesihatan.
• Penjagaan peti ubat sekolah.
• Membantu unit perubatan dan rawatan yang datang membuat rawatan.
• Membantu pihak sekolah menghantar murid sakit ke hospital, klinik dan rumah.
• Menentukan semua murid selamat semasa berada di sekolah.

GURU SPBT
• Menentukan murid yang layak mendapatkan buku teks.
• Mengawal selia buku stok.
• Memfailkan borang SPBT dengan baik.
• Mendedahkan peraturan kepada murid mengenai penggunaan buku teks.
• Membaiki buku rosak dan menjalankan hapus kira bila cukup tempohnya.
• Mengadakan pemeriksaan tentang penggunaan buku teks.

GURU PENASIHAT LEMBAGA PENGAWAS
• Merancang tugas dan kegiatan pengawas sepanjang tahun.
• Berusaha menyebarkan undang-undang dan peraturan sekolah.
• Tindakan susulan tugas jawatankuasa dan jadual pengawas.
• Rekod murid bermasalah dan hantar ke unit kaunseling.
• Perjumpaan bulanan.
• Kegiatan kebajikan.
• Ceramah dan bimbingan.

GURU KEBAJIKAN
• Menyediakan kemudahan asas akademik dan bukan akademik
• Menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar
• Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling
• Menggunkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar
• Meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar

PENOLONG KOKURIKULUM
• Merancang program latihan dalam bidang-bidang kepimpinan kurikulum, instruksional & kokurikulum;
• Mengelola dan melaksanakan kursus-kursus dalam bidang pengurusan kurikulum, pengurusan jawatankuasa kurikulum & panitia mata pelajaran;
• Membimbing dalam bidang pengurusan kokurikulum;
• Memperkemaskan pengurusan kokurikulum;
• Menerbitkan bahan penulisan dalam bidang kokurikulum;
• Menjadi kumpulan pemikir dalam bidang kokurikulum;
• Merancang dan mengurus belanjawan pelaksanaan program di peringkat jabatan.

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
• Menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas aktiviti-aktiviti kokurikulum
• Menyelenggara dan merekod kelengkapan serta kemudahan kokurikulum
• Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan dan kemudahan
• Merancang dan menjadualkan kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun
• Menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan institusi / perbadanan luar
• Mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait dengan hal-hal kokurikulum

SETIAUSAHA SUKAN
• Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
• Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSKL/MSSM.
• Membantu Pengetua/PK Kokurikulum mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
• Menetapkan dasar penempatan pelajar dalam rumah sukan.
• Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
• Menyelaras penyertaan sekolah dalam akiviti luar sekolah
• Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
• Menyediakan peraturan penggunaan peralatan, gelanggang dan kemudahan sukan.
• Menyediakan laporan lengkap semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran / rujukan / rekod.

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN
• Memajukan kemahiran dan minat murid-murid dalam permainan sukan yang dijagai
• Membnentu, membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang dirangka
• Berusha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam permainan itu
• Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan untuk perlawanan antara rumah
• Menganjurkan perlawanan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin
• Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk surat izin ibubapa dan memastikan murid-murid itu dilindungi insurans
• Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingnan-pertandingan peringkat sekolah
• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan itu.
• Memastikan murid-murid pasukan sekolah memilik semangat kesukanan yang tinggi disamping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah.
• Menentukan peraatan/gelenggang permainan sentiasa dalam kaedaan sempurna dan selamat untuk digunakan
• Merancang dengan guru-guru rumah tentang aktiviti-aktiviti tahunan pada awal penggal.
• Menilai prestasi pasukannya dalam permaianan itu.
• Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM
• Membentuk AJK persatuan / kelab / badan beruniform
• Memastikan aktiviti-aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
• Memastikan adanya peraturan / perlembagaan.
• Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam Perlembagaan.
• Merancang aktiviti tahunan bersama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras.
• Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
• Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab / badan beruniform .
• Membuat anggaran pendapatan / perbelanjaan.
• Mengurus kewangan dan hartabenda / peralatan persatuan / kelab / badan beruniform.
• Menentukan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
• Melaporkan kegiatan kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
• Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti / hari khas kokurikulum dan lain-lain.
• Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
• Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
• Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
• Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil kepada Jawatankuasa.

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN
• Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan supaya benar-benar teratur dan bergerak
• Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:
• Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami peraturan-peraturan persatuan
• Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran
• Menentukan rancangan kegiatan tahunan dibuat dan disampaikan kepada Guru Besar pada awal penggal persekolahan yang pertama tiap-tiap tahun.

Lagu Sekolah

Indah Berdiri Megah
Itu Sekolah Ku
Sekolah Kebangsaan Tebaang Daro
Menuju Alaf Baru

Cemerlang Dan Mulia
Panduan Kita Bersama
Bersatu Sehati Sejiwa
Kearah Maju Jaya

C/O Ulang 2X

SK Tebaang Daro
Sekolah Ku Cemerlang
Harum Mekar Namamu Dijulang
Maju Sekolah Ku (2X)

Motto Sekolah

CEMERLANG DAN MULIA

Target Sekolah

  1. Mendapat Keputusan Keseluruhan 85% dalam UPSR dan 5 Orang Murid dapat 5A
  2. Semua Murid Dari Kelas Tahun Satu hingga Tahun Tiga (100%) menguasai 3M + S (Membaca, Menulis, Mengira + Sifir)
  3. Sekurang kurangnya Tiga Aktibiti mewakili bahagian dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri
  4. Sekurang kurangnya 90 Orang murid khatam alquran pada akhir tahun
  5. Tidak ada masalah atau kes Disiplin Berat
  6. Kawasan Sekolah Bersih, Ceria , Menarik dan selamat

Matlamat Sekolah

  1. Menghasilkan Murid Yang Dapat Menguasai 3M dengan cemerlang ,Berbudaya Ilmu dan Berketrampilan
  2. Mernghasilkan Murid Yang Aktif Dalam Bidang Kokurikulum, Berperibadi Tinggi, Bersopan Santun dan disegani masyarakat
  3. Menjadikan Kawasan Sekolah Kawasan Yang Bersih, Indah, Ceria, Harmonis dan Selamat

Pelan Sekolah

Pencapaian UPSR 2007, 2008 dan 2009