Friday, January 15, 2010

Sejarah Sekolah

Sekolah Rendah Kerajaan kampung Tebaang ditubuhkan pada tahun 1958 oleh penduduk kampung. Pengasas pembinaan sekolah ini ialah En Gasa. Pada asalnya sekolah ini didirikan di tebing sungai Tebaang secara sementara oleh penduduk kampung. Ia dibina atas dasar gotong royong. Sekolah itu bertiangkan Nibong dan beratap daun nipah, berdindingkan daun nipah dan berlantaikan papan gergaji sorong. Enrolmen murid ada seramai 20 orang bersama 2 orang guru. Keadaannya adalah serba kekurangan dan daif. Murid yang datang belajar adalah daripada kalangan yang betul betul peka tentang keperluan bersekolah dan umur mereka adalah tidak menentu sehingga ada yang berumur 16 tahun masuk tahun pertama.

Bangunan yang panjangnya 50 kaki itu dibahagi kepada tiga bilik .2 bilik kelas dan satu bilik guru .Batasan antara satu bilik dengan bilik yang satu lagi hanya dipisahkan dengan atap nipah. Meja dan kerusi yang digunakan adalah hasil kerja penduduk kampung .Manakala guru nya pula adalah daripada kalangan penduduk tempatan yang ada belajar berasama dengan orang inggeris dan mendapat lantikan daripada Majlis Tempatan. Bangunan itu tidak bertahan lama, tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1961 sekolah ini diroboh kerana keadaannya yang kurang selamat.Dalam tempoh tiga tahun itu juga pendudukan kampung semakin celik dan sedar betapa pentingnya bersekolah. Bilangan anak anak kampung yang datang mendaftar semakin bertambah.

Justeru itu pihak Jawatankuasa kampung telah memohon kepada kerajaan tempatan untuk mendiri sekolah yang lebih baik. Jawatankuasa Kampung dan sekolah telah mendapat perhatian dan sokongan daripada Majlis Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah) untuk mendiri sekolah baru kira kira 100 meter daripada tapak lama. Bangunan baru didirikan pada tahun 1961 dengan tiga kelas dan satu bilik guru dan sebuah berek dua pintu. Keadaan bertambah baik dan bilangan murid bertamabah sehingga 50 orang. Pada masa itu segala kemudahan asas seperti api elektrik dan air belum ada lagi. Pengurusannya adalah di bawah Jabatan pelajaran di bawah bidang kuasa Majlis Daerah. (MDDM) Pada peringkat awalnya sekolah ini mempraktikkan alternate year intake (Pengambilan selang tahun) .Dari setahun ke setahun bilangan murid sentiasa bertambah sehingga kelas yang ada tidak mencukupi. Permohonan kepada Jabatan Pelajaran dikemukakan semula untuk penambahan bilik kelas dan beberapa keperluan lain serta infrastruktur yang lebih baik. Justeru itu pada tahun 1990 Jabatan Pelajaran meluluskan permohonan untuk mendiri sekolah baru dengan kemudahan dan kelengkapan seperti yang terdapat pada hari ini.

i. satu blok bangunan kelas (6 bilik kelas kekal)
ii. satu blok Pusat Sumber sekolah
iii. satu blok pentadbiran
iv. sebuah gelanggang serbaguna
v. 4 pintu tandas murid dan 4pintu tandas guru
vi. Sebuah berek 2 pintu untuk guru.

Sungguhpun kelengkapan dan keperluan belum mencukupi sekurang kurangnya dapat memberi keselesaan kepada guru guru dan anak anak yang bersekolah. Bangunan baru ini mula diguna pada tahun 1993 dan bergelar “Sekolah Kebangsaan Tebaang Daro.” Pada hari ini sekolah ini telah menawarkan Kelas Pra Sekolah hingga Tahun Enam. Ada 14 orang guru dan 3 orang staf sokongan yang berkhidmat disini sehingga sekarang untuk mengasuh dan membimbing murid seramai 204 orang. Murid murid disini rata ratanya beragama islam dan berbangsa melanau. Ibu bapa mereka bekerja sebagai nelayan dan petani yang berpendapatan Rm 400 ratus ke bawah.

Sungguhpun begitu murid disini sangat rajin datang ke sekolah kerana terdapat banyak bantuan yang kerajaan bagi seperti Rancangan makanan Tambahan (RMT), projek susu percuma dan bantuan KWAPM. Murid murid sudah mula menampakan kecerdasan dan kecemerlangan mereka sehingga pada tahun 2006 keputusan UPSR mencecah sehingga 80% dan julung julung kali seorang murid mendapat 5A sejak sekolah dibuka pada tahun 1958 hingga 2006. Inilah satu satu kejayaan yang dinanti nantikan dan amat dibanggakan oleh masyarakat kampung.

Selamat Hari Gawai

Under constructions please visit us again in future, thanks...

Piagam Sekolah

Under constructions please visit us again in future, thanks...

Visi dan Misi Sekolah

Under constructions please visit us again in future, thanks...

Map dan Lokasi Sekolah

Gallery Sekolah

Under constructions please visit us again in future, thanks...

Carta Organisasi Sekolah

Under constructions please visit us again in future, thanks...

Alamat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tebaang,
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro,
96200 Daro, Sarawak,
Malaysia

Logo Sekolah SK Tebaang Daro, Sarawak

Under constructions please visit us again in future, thanks...